Wednesday 21 January 2015

AKTIVITI

Bantuan Bencana Alam

Sejak awal penubuhannya, Ramakrishna Sangha telah terlibat dengan pelbagai aktiviti bencana seperti kemarau, banjir, kebuluran, kebakaran besar, wabak epidemic, puting-beliung, tornado, tsunami, rusuhan, gempa bumi, tanah runtuh dan sebagainya. Tindakan menyelamatkan, memindahkan dan pemulihan mangsa-mangsa bencana dilakukan secara besar-besaran sepanjang tahun.
Aktiviti bantuan kemanusiaan yang pertama telah dimulakan oleh Swami Akhandananda, hanya dua minggu selepas penubuhan Ramakrishna Mission oleh Swami Vivekananda pada 1 Mei 1897. Sri Ramakrishna ialah inspirasi Swami Akhandananda untuk perkhidmatan kemanusiaan. Sri Ramakrishna sering berkata bahawa “Jika Tuhan boleh disembah dalam suatu berhala, kenapa tidak menyembah-Nya dalam manusia?” Swami Akhandananda mengikuti ajaran gurunya secara literal dengan menukar perkhidmatan kebajikan kepada sembahyang.
Sehingga↵kini, Ramakrishna Mission dan Ramakrishna Math telah menjalankan ratusan↵khidmat kemanusiaan di India, Burma, Bangladesh dan Sri Lanka.
Beberapa elemen utama dalam aktiviti-aktiviti Ramakrishna Order ialah: 
  • Penyembahan Tuhan dalam manusia. 
  • Tidak bersifat politik dan mengelakan publisiti. 
  • Pengurusan kewangan yang teratur dan bertanggungjawab
  • Tiada diskriminasi agama, etnik, wilayah atau sebab lain. 
  • Penglibatan masyarakat setempat dalam proses perancangan dan implementasi↵projek-projek tertentu.
  • Perkhidmatan yang cepat, berkesan, dan penggunaan teknologi terkini.
  • Tumpuan pada pembangunan sosio-ekonomi, alam sekitar dan kebudayaan serta strategi↵pemulihan yang menumpukan kepada pencegahan.

Perkhidmatan Kesihatan

Ramakrishna Math dan Ramakrishna Mission juga memberikan perkhidmatan kesihatan di hospital-hospital, dispensari pesakit luar, perkhidmatan unit bergerak, rumah orang tua, bengkel pemeriksaan mata dan sebagainya. Mission juga mempunyai 2 Kolej latihan jururawat, 5 sekolah jururawat, 2 institusi penyelidikan dan lepasan ijazah dan 1 institusi kursus paramedik.

Aktiviti Pendidikan

Pembangunan Wanita

Pembangunan Belia

Pembangunan Masyarakat Miskin dan Orang Asli

Kerohanian dan Kebudayaan

Perkembangan idea-idea kerohanian dan kebudayaan India merupakan satu tugas utama Ramakrishna Sangha. Sri Ramakrishna, Sri Sarada Devi dan Swami Vivekananda telah memberikan nafas baharu lagi moden kepada kerohanian dan kebudayaan India. Semua idea-idea mereka disebarkan melalui kegiatan aktiviti pengajaran, ceramah, sambutan perayaan, penerbitan buku, majalah, jurnal dan sebagainya.
Pada masa kini, terdapat lebih 1000 judul dan 9 jurnal yang diterbitkan dari lebih 10 pusat penerbitan. Sastera Ramakrishna-Vivekananda-Vedanta boleh diperolehi dalam bahasa Inggeris, Bengali, Tamil, Hindi dan pelbagai vernakular India dan asing. Antara jurnal-jurnal yang terkenal ialah:
  • Prabuddha Bharata dalam Bahasa Inggeris
  • Udbodhan dalam bahasa Bengali
  • Vedanta Kesari dalam bahasa Inggeris
  • Ramakrishna Vijayam dalam bahasa Tamil
  • Ramakrishna Prabha dalam bahasa Telugu
  • The Global Vedanta dalam bahasa Inggeris
  • Nirvana dalam bahasa Inggeris

No comments:

Post a Comment