Wednesday 21 January 2015

PENGENALAN

Ramakrishna Math merupakan sebuah persaudaraan rahib yang ditubuhkan oleh Swami Vivekananda berdasarkan ajaran Sri Ramakrishna. Pertubuhan ini dianggap sebagai sebahagian daripada pergerakan reformasi Hindu yang bermula di India. Ibu pejabat Ramakrishna Math dan pertubuhan kembarnya, Ramakrishna Mission terletak di Belur Math (di Bengal Barat, India).

Ramakrishna Mission merupakan sayap sosial Ramakrishna Math yang terlibat dengan pelbagai aktiviti kemanusiaan dan penyebaran ajaran Ramakrishna-Vivekananda.
Kedua-dua Ramakrishna Math dan Ramakrishna Mission juga dikenali sebagai Ramakrishna Order atau Ramakrishna Sangha.

Ahli-ahli pertubuhan ini terdiri daripada golongan rahib lelaki (Sannyasin) dan Brahmacharin. Selepas kematian Sri Ramakrishna, Swami Vivekananda dan beberapa orang pengikut muda Sri Ramakrishna mengambil ikrar Sannyasa dan menjadi rahib. Di bawah pimpinan Vivekananda, mereka mendirikan sebuah biara di sebuah rumah usang di Baranagore. Kemudian, pada Januari 1899, biara ini dipindahkan ke tempat tetapnya di Belur, di daerah Howrah.

PENGASAS-PENGASAS
Rahib-rahib yang menjadi pengasas persaudaraan ini ialah enam belas orang pengikut Sri Ramakrishna. Selepas mengambil ikrar Sannyasa secara rasmi, mereka mendapat nama baru seperti berikut:
  • Baburam - Swami Premananda (A.D.1861-1918)
  • Gangadhar - Swami Akhandananda (A.D.1864-1937)
  • Gopal - Swami Advaitananda (A.D.1828-1909)
  • Harinath - Swami Turiyananda (A.D.1863-1922)
  • Hariprasanna - Swami Vijnanananda (A.D.1868-1938)
  • Kaliprasad - Swami Abhedananda (A.D.1866-1939)
  • Latu - Swami Adbhutananda (d. A.D.1920)
  • Narendranath - Swami Vivekananda (A.D.1863-1902)
  • Nityaniranjan - Swami Niranjanananda (d. A.D.1904)
  • Rakhal - Swami Brahmananda (A.D.1863-1922)
  • Saradaprasanna - Swami Trigunatitananda (A.D.1865-1914)
  • Saratchandra - Swami Saradananda (A.D.1865-1927)
  • Sasibhusan - Swami Ramakrishnananda (A.D.1863-1911)
  • Subodhacandra - Swami Subhodananda (A.D.1867-1932)
  • Taraknath - Swami Sivananda (A.D.1854-1934)
  • Yogindra - Swami Yogananda (A.D.1861-1899)

BELUR MATH
Selain menjadi ibu pejabat Ramakrishna Math dan Ramakrishna Mission, biara yang dikenali sebagai Belur Math juga menjadi pusat bagi semua rahib-rahib Ramakrishna Order yang tinggal di serata India dan di luar India.

No comments:

Post a Comment